Thursday 7 April 2011

Hal2 yg mnyebab isteri dikatakan derhaka




Halangan isteri sama ada dengan perlakuannya mahupun kata -katanya. Perlakuan seperti menepis, mengelak dari disentuh oleh suami atau apa saja perlakuan sedangkan tiada alasan yang munasabah untuk isteri berbuat demikian. Ataupun jika dengan kata - kata seperti menghina, mengeji dan memburuk-burukkan suami.

Contoh seperti isteri berkata "Tangan awak ni macam tangan monyet bila pegang saya. Atau "Bila awak sentuh saya, terasa digigit semut api sakit rasanya."


 


 Firman Allah:"Isteri kamu adalah ladang kamu. "Adalah harus dan halal perlakuan bersama di antara suami ke atas isteri dan begitu sebaliknya. Tiada hak tubuh badan suami atau isteri kecuali dalam hubungan suami isteri. Tidak halal kepada orang lain kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu dengan menghalalkan berjimak, maka wajib terhadap suami menafkahkan isterinya.

Kedua,
perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada dirumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya. 

Keempat, Isteri mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

Kelima,
memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Oleh itu, janganlah isteri melakukan perkara ini yang boleh menyakiti hati suaminya.

Keenam,
minta talak, walhal tiada masalah yang berlaku. Contohnya minta cerai kerana minat dengan lelaki lain. Maka dalam situasi ini, isteri sememangnya derhaka, malah islam dalam hal ini menggesa suami tidak menyimpan isteri yang berlakuan sebegini .

Ketujuh, berpaling atau
membelakangi suami ketika bercakap.

Kelapan, menyakiti hati suami sama ada dengan perkatan atau perbuatan.

Kesembilan,
meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

Kesepuluh, membenarkan orang lain masuk kedalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Terutamanya individu yang buruk perangainya atau akhlaknya. Larangan ini juga jelas terhadap membenarkan juga lelaki berada di rumah sedangkan suami tidak pula tahu.

      sekiann.... :)) 

No comments:

Post a Comment